Bas Skybus dari KLIA2 ke KL Sentral / 1 Utama

Perkhidmatan bas Skybus merupakan pengangkutan awam yang paling murah dari KLIA2 ke pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Kota Damansara. Skybus menggunakan bas bertaraf coach yang serba mewah dan selesa dari KLIA2. Harga tiketnya pun cukup murah. Tiket sehala ke KL Sentral atau 1 Utama hanya RM10. Bagi penumpang yang membeli tiket dua hala (pergi-balik), Skybus menawarkan potongan diskaun 20% (sah dalam tempoh promosi). Maknanya, tambang pergi-balik dari KLIA2 ke KL Sentral / 1 Utama dan kembali semula ke KLIA2 cuma RM16.

Bas yang digunakan untuk perkhidmatan Skybus dari KLIA2 ke KL Sentral

Skybus menyediakan tempat duduk yang selesa untuk perjalanan ke KL Sentral atau 1 U

Lokasi Stesen Bas Skybus di Lapangan Terbang KLIA2

Bas Skybus beroperasi di Tingkat 1, KLIA2, iaitu Hab Pengangkutan Awam KLIA.  Selepas anda keluar dari balai ketibaan di KLIA2, anda boleh menggunakan lif atau eskalator untuk tiba di Tingkat 1. Stesen Skybus ini terletak di Pintu 3 di penghujung kiri Tingkat 1 seperti yang ditunjukkan dalam peta di bawah.
Click to enlarge map
Peta dalaman KLIA2. Lokasi Stesen Bas Skybus di Tingkat 1, KLIA2 seperti yang ditunjukkan anak panah merah. [KLIK UNTUK MEMPERBESARKAN PETA]

3 Cara untuk Membeli Tiket Bas Skybus

Skybus menawarkan 3 saluran mudah untuk pembelian tiketnya. Yang paling mudah, anda boleh membeli tiket semasa menaiki bas ini. Skybus turut menyediakan kaunter tiket di Tingkat 1 KLIA2 untuk memudahkan pembelian tiket bas. Bagi anda yang selesa dengan pembelian atas talian, tiket bas Skybus dari KLIA2 ke KL Sentral juga boleh dibeli dari laman web rasmi Skybus di http://www.skybus.com.my.

Jadual Perlepasan Skybus di KLIA2

Dari KLIA2, perkhidmatan bas ke KL Sentral bermula seawal jam 5 pagi. Bas terakhir berlepas dari KLIA2 pada 2.45 pagi. Masa menunggu bas biasanya kurang dari setengah jam kerana  Skybus berlepas dari KLIA2 setiap 30 minit bermula 9.15 pagi. Dari jam 5 pagi hingga 9 pagi, hanya ada satu perlepasan sejam. 

Dari KL Sentral, jika anda ingin menaiki Skybus dari KL Sentral ke KLIA2, bas pertama berlepas seawal jam 3 pagi tetapi berakhir pada jam 10 malam. Kekerapan bas juga biasanya setiap 30 minit. 

Dari 1 Utama, bagi mereka yang bertolak dari 1U, Skybus juga mula beroperasi seawal 3 pagi. Bas terakhir bertolak dari 1 Utama pada jam 11 malam. Akan tetapi, kekerapan bas dari 1 Utama ke KLIA2 adalah satu bas sejam. 
KLIK UNTUK DIPERBESARKAN
Jadual Waktu Perjalanan Bas Skybus dari KLIA2 ke KL Sentral dan dari KL Sentral ke KLIA 2
KLIK UNTUK DIPERBESARKAN
Jadual Waktu Perjalanan Bas Skybus dari 1 Utama ke KLIA 2 dan dari KLIA2 ke 1 Utama

Masa yang Diperlukan untuk Perjalanan Skybus ke KLIA2

Perjalanan bus dari 1 Utama atau KL Sentral ke KLIA2 mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Anda dinasihatkan mengambil bas yang lebih awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan yang mungkin disebabkan oleh kesesakan lalu-lintas atau kejadian di luar dugaan. 

Bagi anda yang mengambil Penerbangan Antarabangsa, anda dinasihatkan untuk mengambil bas Skybus ke KLIA2 4 jam sebelum waktu perlepasan anda. Unutk penerbangan domestik, penumpang-penumpang dinasihatkan untuk menaiki bas Skybus ke KLIA2 3 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan. Ini bagi memastikan anda mempunyai masa yang secukupnya untuk urusan bagasi dan berjalan ke pintu perlepasan anda kerana KLIA2 begitu luas. Selamat menaiki Skybus dari KLIA2 ke KL Sentral / 1 Utama atau dari KL Sentral / 1 Utama ke KLIA2.  



No comments:

Post a Comment